Monday, September 28, 2009

Surah Al-Baqarah Ayat 147


الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan
sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu
Al-Baqarah Ayat 147

Thursday, September 24, 2009

SURAH AL-MU'MINUN

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ

[23:97] Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.
[23:98] Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."

Mutiara Kata

Pesanan Imam Abu Hanifah
Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya

Pesanan Wahab Munabih

Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah

Pesanan Untuk Diriku, Keluarga dan Rakan-Rakan






Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya:


"Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah"

Pesanan Khalifah



Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

i. Hatinya selalu berniat suci
ii. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
iii· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
iv· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah· Dia mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Wednesday, September 16, 2009

Rukun

Doa dan harapan ....

Masa Berkualiti



Bercuti bersama keluarga di Port Dickson. Hargai setiap saat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Selain mengabdikan diri kepadanya, penuhilah masa dengan keluarga....

Manchester United VS Malaysia





Bersama-sama rakan-rakan menyaksikan wira-wira
Manchester United di Stadium Bukit Jalil pada 18 Julai 2009

Doa Memohon Perlindungan


اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَاْبِ جَهَنَّمْ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاْتِ ومِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّال

"Ya Allah, aku memohon perlindungan dari azab jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati dan dari seburuk-buruk fitnah al-Masih ad-Dajjal."
[HR Muslim dari Abu Hurairah r.a.]

SURAH AT-TAUBAH


لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

At Taubah 128

[9:128] Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

Tuesday, September 15, 2009

Sabda Rasulullah s.a.w:

Diriwayatkan dalam Kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim dari Anas r.a, ia berkata Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya antara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat ialan (di antaranya) akan bermaharajalelanya perzinaan"

Sabda Rasulullah s.a.w

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Bersegeralah melakukan amal soleh sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti potongan-potongan malam yang gelap gulita. Pagi-pagi seseorang masih beriman, tetapi pada petang harinya sudah menjadi kafir; dan pada petang hari seseorang masih beriman, kemudian pada pagi harinya sudah menjadi kafir. Dia menjual agamanya untuk memperoleh kekayaan dunia

Monday, September 14, 2009

Doa Nabi Yunus AS



Doa Nabi Yunus AS ketika berada dalam perut ikan.

Doa ketika dalam kesusahan

Mutiara Kata

Saidina Ali bin Abi Thalib

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal. Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik.

Pesanan Khalifah 1

Saidina Abu Bakar As-Siddiq


Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

Pesanan Khalifah

Saidina Umar bin Al-Khatab

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat
Saidina Ali bin Abi Thalib

Kekayaan yg sebenar ialah akal, kepapaan yg sebenar ialah rosak akal. Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik.