Wednesday, February 20, 2013

Membangkitkan Kebahagiaan Dan Keserian Rumah


 
Hadith :
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”
(al-Bukhari)

Bersedekah Sebagai Tanda Bersyukur Dengan Rezeki Kurniaan Allah


 
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Thursday, November 26, 2009

PESANAN KHALIFAH

Sumber Gambar: Muat turun dari Internet

Saidina Umar bin Al-Khatab R.A berkata :

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Tuesday, November 17, 2009

PESANAN HUKAMA



"Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Ia suburkan bumi dengan hujan yang lebat"

Monday, November 16, 2009

PEROLEH KETENANGAN MELALUI ZIKRULLAH


الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. – Ar-Ra’d 28

Thursday, October 15, 2009

Surah Al-Hujurat

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ
فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوقَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَا

[49:6] Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal (Surah Al-Hujurat)

Wednesday, October 14, 2009

Pesanan Khalifah

Sumber Gambar: Dimuat turun daripada internet


Pesanan Saidina Ali bin Abi Thalib KW

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah SWT